Saturday, March 6, 2010

Komunikasi dengan ALLAH....

Bismillahirrahmannirrahim...

Ya Allah...
yang maha pengasih lagi maha penyayang
aku mohon di kurniakan
rahmat dan hidayahMU
dalam kehidupan dunia dan akhirat..

Ya Allah...
yang maha besar lagi maha agong
aku mohon kau tetapkan imanku
kau yakinkan aku akan kewujudanMU
bukan saja pada akal semata-mata
tapi di hati..
supaya aku dapat merasakan kau sentiasa
melihatku, mendengarku dan bersamaku
dalam apa jua keadaan
tiada yang setanding denganMU

Ya Allah...
yang maha mendengar lagi maha memahami
aku mohon lorongkan lah aku
menjadi isteri yang solehah,
menjadi ibu yang mengasihi dan dikasihi,
penyejuk dan penenang dalam ikatan perkahwinanku
juga keluarga dan rumahtanggaku.

Ya Allah..
yang maha melindungi
aku mohon padaMU
kau lindungilah aku dan keluargaku
dari godaan syaitan yang menyesatkan
kau lindungilah aku dan keluargaku
dari kerosakan yang akan kami lakukan
kau lindungi dan jauhikan lah aku dan keluargaku
dari mereka2 yang menyesatkan
kau lindungilah aku dan keluargaku juga
dari bencana, penyakit dan kesusahan.

Ya Allah
aku mohon kau jauhkan aku
sifat sombong, bongkak dan takabbur
kerana sesungguhnya
keagungan hanyalah milikMU ya Allah

Ya Allah...ya tuhanku
aku mohon kau kurniakan aku
sifat kasih sayangMU
hidupkan hatiku ya Allah..
supaya aku dapat melihat kebenaran,
merasai kebenaran dan menilai kebenaran
supaya aku mendapat ketenangan
sekalipun ketika kau turunkan ujian bagiku

Ya Rahman..ya Rahim
aku mohon kau jadikanlah aku
mukmin yang sejati..
yang menggunakan lidah untuk berbicara mengenaiMU
menggunakan mata memandang kebesaranMU
menggunakan kaki melangkah ke arah yg diredhaiMU
Aminn..ya rabbal'alamin

3 comments:

  1. Salam,

    boleh saya pinjam doa ini...sayu hati saya

    ReplyDelete
  2. Taj..
    Sorry i didnt see ur comment...terlepas pandang...itu la antara kecuaian seorang hambaNYA.
    Tiada yg indah dlm berbicara...tiada yg istimewa dlm berkate kate...ini hanya luahan hati pdNYA jua...bual bicara pd yg ESA.
    U r most welcome...
    tk.

    ReplyDelete